Carian
TIME Mula Menawarkan Perkhidmatan Internet Di Kawasan Perumahan
May 25, 2024 Effi Saharudin

Semasa dilancarkan, perkhidmatan internet TIME hanya ditawarkan pada bangunan pejabat, premis komersial, apartmen dan juga kondominium. Di kawasan perumahan biasa, pemilik hanya mampu menggigit jari untuk menikmati penawaran TIME yang lebih mampu milik tetapi lebih pantas. Tetapi kini TIME nampaknya telah mula menawarkan perkhidmatan mereka di kawasan perumahan bermula di Temasya Sinar, Glenmarie.

Menerusi ciapan yang dihantar oleh @paultank, TIME kini boleh dilanggan penduduk di taman perumahan ini. Beliau menyedari terdapat kain rentang yang mengiklankan perkhidmatan di kawasan tersebut. Kami telah cuba mendapat maklum balas daripada pihak TIME mengenai penawaran mereka di kawasan perumahan lain tetapi masih belum menerima jawapan.

Anda boleh memeriksa sendiri secara manual sama ada kawasan anda tidak ditawarkan menerusi pautan di bawah. Tetapi cara paling mudah ialah melihat sama ada kain rentang pengiklanan TIME muncul secara tiba-tiba.

Komen