Carian
Atari Ambil Alih Intellivision dan Katalog Lebih 200 Permainan Video
May 25, 2024 Effi Saharudin

Saya adalah generasi Atari dengan Atari 5200 ialah konsol pertama saya milik pada tahun 1986. Bagi insan yang sudah berusia seperti saya, persaingan antara Atari dan Intellivision pada dekad 80an ialah sama seperti persaingan PlayStation dengan Xbox sekarang. Hari ini Atari mengumumkan mereka mengambil alih sepenuhnya Intellivision sekaligus menjadikan mereka pemenang perang konsol yang berlarutan lebih 40 tahun.

Atari kini akan mengembangkan penawaran permainan klasik milik Intellivision secara digital dan fizikal selepas ini supaya ia akan dapat terus dimainkan. Di bawah pengambilalihan ini, Atari juga kini memiliki hak lebih 200 permainan video yang dipegang oleh Intellivision. Antara permainan popular kini milik mereka ialah Q*bert, Dig-Dug dan Advanced Dungeons & Dragons.  

Di Malaysia setahu kami Intellivision tidak pernah dipasarkan secara meluas dengan konsol klasik mereka juga kami tidak pernah lihat secara fizikal. Koleksi permainan klasik mereka kemudiannya dijual semula dalam bentuk digital pada PlayStation 2, Xbox dan GameCube.

Komen