Carian
Infinix Smart 8 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM299
May 25, 2024 Amy Maizuraa

Infinix memperkenalkan peranti pintar baharu Smart 8 untuk pasaran Malaysia. Ia dilengkapi spesifikasi kelas asas dan dijual pada RM299 sebuah. Anda yang berminat boleh mendapatkannya bermula 28 Mei 2024 melalui pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia.

Menyentuh aspek spesifikasi, Infinix Smart 8 dilengkapi skrin LCD 6.6″ dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 500nits. Seterusnya cip Unisoc T606 digunakan dengan memori 3GB RAM (+3GB RAM maya) dan storan dalaman sehingga 64GB. Diikuti juga sokongan kad MicroSD sehingga 2TB dan perisian XOS13 berasaskan Android 13 sebagai pelengkap.

Kamera utama terdiri dengan 13MP + lensa AI yang diikuti kamera swafoto sebesar 8MP. Ciri-ciri lain diberikan ialah bateri 5000mAh dengan pengecasan 10W. Selain itu peranti juga mempunyai pembesar suara stereo dengan teknologi DTS, bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari sisi.

Seperkara lagi yang menarik pada peranti sudah tentulah fungsi Magic Ring yang menyerupai Dynamic Island. Ia boleh memaparkan sejumlah maklumat dalam masa nyata seperti status bateri, tempoh panggilan dan lain-lain. Sebanyak empat pilihan warna diberikan iaitu hitam, putih, emas dan hijau.

Komen