Carian
Siri Huawei Pura70 Dan MateBook X Pro (2024) Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia
May 25, 2024 Amy Maizuraa

Kedua-dua produk baharu siri Huawei Pura70 dan Matebook X Pro (2024) sudah boleh dibeli secara rasmi di Malaysia. Harga jualan peranti bermula RM3,699 untuk Pura70, RM4,899 untuk Pura70 Pro dan RM6,599 untuk Pura70 Ultra. Sementara itu, Huawei MateBook X Pro 2024 pula boleh dipadati dengan harga permulaan RM8,999 (Ultra 7) dan RM10,999 (Ultra 9). Ketersediaan melalui pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia.

Huawei Pura70 dilengkapi skrin 6.6″ OLED LTPO 120Hz, dikuasakan memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 1TB. Turut melengkapinya adalah bateri 4900mAh dengan pengecasan 66W, diikuti juga sokongan kamera utama 50MP, 13MP untuk ultra-lebar dan lensa telefoto 12MP.

Huawei Pura70 Pro pula menggunakan skrin 6.8″ OLED LTPO 120Hz, memori 12GB RAM, storan mencapai 1TB, dan bateri 5050mAh dengan pengecasan 100W. Pada bahagian kamera pula, ia menyertakan kamera utama 50MP bersama lensa ultra-lebar 12.5MP dan lensa telefoto 48MP.

Huawei Pura70 Ultra pula hadir dengan skrin 6.8″ OLED LTPO 120Hz, dilengkapi memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB, dan bateri 5200mAh dengan pengecasan 100W. Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 50MP bersaiz 1-inci bersama lensa sudut-lebar 40MP, dan lensa telefoto 50MP.

Akhir sekali, Huawei MateBook X Pro (2024) didatangkan dalam dua konfigurasi iaitu Intel-Core Ultra 7 155H serta Intel-Core Ultra 9 185H bersama GPU Intel Arc Graphics. Ia juga menggunakan skrin sesentuh 14.2″ Flexible OLED (3120 × 2080 piksel) dengan paparan 120Hz. Ketahanan bateri pula boleh mencapai 7 jam melalui kapasiti 70Wh. Dengan berat hanya 980-gram dan ketebalan pada 13.5mm menjadikannya mudah dipegang tanpa membebankan diri.

Komen