Realme akan melancarkan peranti baharu C63 yang dijadualkan memasuki pasaran tempatan pada 5 Jun 2024. Ia dilengkapi spesifikasi asas bertujuan memenuhi keperluan penggunaan majoriti pengguna yang berbeza. Meskipun cuba berahsia mengenai maklumat lanjut peranti, namun ia didapati telah tersenarai di laman penjual tempatan DirectD berserta harga jualan.

Realme C63 menggunakan skrin 6.74″ LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dijana cip Unisoc T612 dengan pilihan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Turut diberikan slot microSD yang boleh dikembangkan sehingga 2TB sekiranya perlu.
Ciri-ciri lain yang ada pada peranti juga adalah bateri 5,000mAh dengan pengecasan dengan pengecasan 45W SUPERVOOC. Selain turut mempunyai kamera utama 50MP, swafoto sebesar 8MP dan perisian terkini RealmeUI 5.0 (berasaskan Android 14). Peranti juga telah disenaraikan pada harga RM599 dengan pilihan warna Leather Blue dan Jade Green.