Carian
TikTok Studio Dilancarkan Untuk Mengurus Kandungan Dan Menganalisa Akaun
May 27, 2024 Fahim Zahar

Penggunaan TikTok adalah sangat popular sehinggakan bulan lepas mencapai 5.9 juta tontonan di Malaysia. TikTok juga adalah platform di mana ramai orang cuba menjadikan tempat menjana pendapatan dengan mencipta kandungan serta bekerjasama dengan pelbagai jenama. Terbaru, TikTok turut ingin menjadi seakan YouTube dengan memperkenalkan TikTok Studio.

TikTok Studio akan menggantikan TikTok Creator Center untuk pengguna menguruskan akaun seperti menyunting atau memuat naik video dan juga menganalisa akaun dengan butiran yang lebih mendalam serta mudah dibaca. Pengurusan pendapatan turut akan dipaparkan pada TikTok Studio seperti yang dilakukan di YouTube Studio. Ciri suntingan pintar yang ada pada Capcut turut diintegrasikan terus pada TikTok Studio.

TikTok Studio boleh diakses pada Windows dan macOS melalui tiktok.com/tiktokstudio, sementara aplikasi untuk peranti mudah alih buat masa ini terhad untuk peranti Android. Itu pun masih dalam fasa beta dengan aplikasi untuk iOS akan tiba dalam minggu-minggu akan datang.

Komen