Carian
Dua Peranti Baharu Realme Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
May 27, 2024 Amy Maizuraa

Sebanyak dua peranti baharu Realme C65 dan Realme GT 6T telah ditemui tersenarai di pangkalan data SIRIM. Sekaligus memberi bayangan bahawa kita bakal menyaksikan pelancaran untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Melaluinya Realme C65 didaftarkan dengan nama model RMX3910, sementara itu GT 6T pula ditemui dengan kod RMX3853. Masing-masing juga telah didaftar oleh DTL Malaysia Sdn Bhd sejak pertengahan bulan Mei.

Persoalan kini lebih tertumpu pada spesifikasi peranti yang belum dapat dipastikan sama ada serupa denga versi di India atau sebaliknya. Sekiranya sama bermakna Realme C65 akan rekaan peranti yang mirip dengan sebuah Samsung Galaxy S22. Seterusnya skrin 6.67″ LCD dengan kadar segar semula digunakan bersama cip MediaTek Helio G85 sebagai tunjang utama.

Ia kemudiannya dilengkapi kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP. Bateri 5,000mAh pula disertakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 45W. Peranti juga menawarkan fungsi tambahan lain yang termasuk Dymanic Button, Mini Capsule 2.0 dan Air Gestures untuk pengalaman lebih baik.

Realme GT 6T pula dilengkapi skrin 6.78″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 7+ Gen 3 digunakan dengan perisian terkini RealmeUI 5.0 (berasaskan Android 14) untuk tunjang utama. Bateri 5000mAh juga disertakan dengan pengecasan pantas 120W. Kameranya pula terdiri dengan 50MP (Sony LYT-600) + 50MP (Sony IMX355) + 8MP, diikuti swafoto sebesar 32MP. Ciri lain yang diberikan termasuk rangkaian 5G, NFC dan pembesar suara stereo Dolby Atmos.

Komen