Kebiasaannya, mana-mana aplikasi media sosial pasti akan ada ciri tersembunyi yang tidak diaktifkan kerana ia berada di fasa ujian. Ciri tersembunyi ini kerap didedahkan oleh pembangun bebas dengan meneroka kod-kod pada aplikasi. Kadangkala, pengguna terpilih turut akan diberikan akses awal untuk mendapatkan maklum balas. Kelak Meta akan membenarkan pengguna menguji ciri atau fungsi baharu Instagram secara lebih awal terus dari aplikasi.

Ciri “Early access to features” yang dijangkakan akan menawarkan pelbagai ciri dan fungsi baharu yang belum ditawarkan kepada umum. Ciri ini juga masih di fasa pembangunan dan belum diberikan kepada pengguna. Strategi seperti ini adalah mirip program Try experimental new features di YouTube. Netflix turut menawarkan akses ciri baharu secara lebih awal melalui tetapan akaun.
Early access to feature turut tidak pasti sama ada akan dibuka kepada semua atau hanya untuk pelanggan Meta Verified. Ciri apa yang akan dibenarkan untuk diuji juga masih tidak jelas. Sama-sama kita nantikan kemas kini aplikasi Instagram tidak lama lagi.