Carian
Rangkaian 5G Kini Meliputi 85% Kawasan Berpenduduk Di Malaysia
May 27, 2024 Aman

Dari bulan ke bulan, kadar liputan 5G di Malaysia terus ditingkatkan secara berperingkat. Terbaru, mengikut perkongsian pihak Kementerian Digital, liputan rangkaian 5G di Malaysia kini telah mencapai kadar 85% kawasan berpenduduk.

Buat masa ini, angka pengguna terkini yang menggunakan rangkaian 5G pada peranti mereka masih tidak diketahui lagi. Walaupun angka capaian liputan agak tinggi, namun kadar penggunaannya masih rendah buat masa ini.

Kerajaan sendiri telah mengarahkan syarikat telekomunikasi untuk tidak mengenakan sebarang caj tambahan untuk akses 5G, dalam membolehkan lebih ramai mengakses dan menggunakannya.

Disamping itu, pelbagai pihak swasta juga telah mula membangunkan rangkaian 5G peribadi masing-masing untuk kegunaan perusahaan dan juga perindustrian.

Komen