Carian
Honor 200 dan 200 Pro Dilancarkan Dengan Snapdragon 8s Gen 3
May 28, 2024 Effi Saharudin

Honor 200 dan Honor 200 Pro secara rasminya dilancarkan di China semalam dengan ia sebuah lagi siri dengan tumpuan diberikan kepada kemampuan fotografi tahap mercu. Pertama sekali ialah Honor 200 Pro dengan skrin 6.7″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8s Gen 3, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri 5200 mAh dengan pengecasan pantas 100W.

Kamera utama 200 Pro terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP 1/1.3″ Omnivision OV50H OIS, ultra sudut lebar 12MP dan telefoto 50MP IMX856 OIS. Sementara itu di hadapan pula terdapat juga kamera swafoto 50MP. Sensor utama pada 200 Pro ialah sensor yang sama dengan Honor Magic6 Pro.

Honor 200 pula dilengkapi skrin 6.7″ OLED 120Hz tetapi dijana cip Snapdragon 7 Gen 3, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 5200 mAh dengan pengecasan pantas 100W.

Kamera utama 200 Pro terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP 1/1.56” IMX906 OIS, ultra sudut lebar 12MP dan telefoto 50MP IMX856 OIS. Sementara itu di hadapan pula terdapat juga kamera swafoto 50MP. Sensor utama pada 200 Pro ialah sensor yang sama dengan Honor Magic6 Pro.

Sistem operasi yang digunakan ialah MagicOS 8.0 berasaskan Android 14. Ciri menarik siri Honor 200 ialah AI yang dilatih menggunakan imej daripada Studio Harcourt. Gambar potret yang diambil menggunakan kamera peranti ini boleh meniru gaya gambar potret ikonik daripada studio yang berpangkalan di Paris ini. Kedua-dua peranti ini akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Jun ini.

Harga jualan siri Honor 200 di China adalah seperti di bawah.

  • Honor 200 Pro (12/256GB) – RMB 3499 (~RM 2270)
  • Honor 200 Pro (12/512GB) – RMB 3799 (~RM 2464)
  • Honor 200 Pro (16/512GB) – RMB 3999 (~RM 2594)
  • Honor 200 Pro (16/1000GB) – RMB 4499 (~RM 2919)

  • Honor 200 (8/256GB) – RMB 2499 (~RM 1621)
  • Honor 200 (12/256GB) – RMB 2699 (~RM 1751)
  • Honor 200 (12/512GB) – RMB 2999 (~RM 1946)
  • Honor 200 (16/256GB) – RMB 2999 (~RM 1946)
  • Honor 200 (16/512GB) – RMB 3199 (~RM 2075)
Komen