Carian
Xiaomi 14 Civi Akan Dilengkapi Cip Snapdragon 8s Gen 3 Dan Kamera Leica
May 28, 2024 Amy Maizuraa

Xiaomi sebelum ini pernah mengacah kehadiran produk baharu di India melalui ciapan terkini di X. Dengan slogan kata Cinematic Vision jelas memberi bayangan peranti boleh memberi fokus terhadap sistem kamera berkualiti tinggi khususnya kemampuan merakam video lebih baik.

Enggan membuatkan orang ramai terus berteki-teki, pengeluar itu akhirnya mendedahkan bahawa akan melancarkan model baharu Xiaomi 14 Civi pada 12 Jun akan datang. Laman pengiklaman rasmi juga telah diterbitkan bersama beberapa butiran penting.

Melaluinya, Xiaomi 14 Civi akan menampilkan panel hadapan melengkung AMOLED 120Hz bersama kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 sebagai pelindung utama. Diikuti sokongan cip Snapdragon 8s Gen 3 pula untuk tunjang utama dan tri-kamera utama dengan lensa Leica di belakang.

Kamera berkenaan boleh didatangkan dengan lensa Summilux 50MP (dengan sokongan Cinematic HDR 25mm), 50MP untuk telefoto portrait dengan zum optikal 2x dan 12MP untuk ultra-lebar. Turut melengkapinya adalah dwi-kamera swafoto sebesar 32MP yang juga menyokong ciri AI Smart terbina.

Ciri-ciri lain yang ada pada peranti ialah pembesar suara stereo Dolby Atmos. Selain turut mempunyai bateri sebesar 4,700mAh yang boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan pantas 67W. Peranti juga disediakan dalam tiga pilihan warna seperti biru, hijau dan hitam dengan gabungan bahan berbeza yang termasuk kulit vegan. Butiran penuh akan diketahui selepas peranti dilancarkan secara rasmi kelak.

Komen