Carian
WhatsApp Menguji Keupayaan Berkongsi Mesej Suara Sehingga 1 Minit Pada Status
May 28, 2024 Amy Maizuraa

WhatsApp mula menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi mesej suara sehingga satu minit pada status. Sekaligus dapat memudahkan pengguna berkongsi mesej suara dalam satu rakaman tanpa kekangan had 30 saat seperti sebelum ini. Di samping turut meningkatkan proses komunikasi ke tahap lebih baik dalam memastikan mesej dapat dikongsi dengan lebih jelas.

Ciri ini boleh diakses oleh sesetengah pengguna terpilih melalui kemaskini baharu aplikasi. Kemudiannya boleh ditawarkan dengan lebih meluas kepada pengguna lain secara berperingkat. Ia juga boleh diakses dengan hanya perlu menekan butang mikrofon disediakan untuk memulakan rakaman suara yang akan diterbitkan sebagai kemaksini pada status. Pengguna turut boleh menyesuaikan warna latar belakang kemaskini dengan mengubahkanya melalui ikon khusus yang disediakan di bahagian atas.

Mesej suara tersebut akan dipadamkan secara automatik selepas 24 jam atau pengguna boleh sahaja memadamnya secara manual pada bila-bila masa. Pengenalan ini jelas menunjukkan WhatsApp begitu komited dalam memastikan ciri status pada aplikasi diberi peningkatan yang baik dari masa ke masa.

Komen