Carian
Samsung Tawar Diskaun RM200 Untuk Daftar Minat Pratempah Bespoke Jet Bot Combo Steam
May 28, 2024 Amy Maizuraa

Samsung mengumumkan bahawa pembersih vakum baharu Bespoke Jet Bot Combo Steam akan ke pasaran Malaysia. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai vakum, malah boleh digunakan untuk mengemop yang diyakini mampu menyediakan pengalaman pembersihan lebih efisien.

Menariknya lagi apabila Bespoke Jet Bot Combo Steam juga menyediakan 3-Step Total Cleaning System dengan pelbagai proses pembersihan berguna yang termasuk pengeringan automatik menggunakan wap panas. Diikuti juga dengan kebolehan semburan wap panas bersuhu tinggi bagi mengelakkan bau hapak. Gabungan rekaan moden bersama dermaga terbina turut menjadikan pembersih vakum baharu ini tampil menarik dalam kelasnya. Selain dijangka turut memberi penekanan kepada ciri AI yang diintegrasikan secara lebih menyeluruh.

Bagi yang berminat, Samsung kini menyediakan halaman khusus daftar minat untuk produk berkenaan. Sesi pretempah pula akan dibuka bermula 11 hingga 24 Jun 2024 dengan diskaun sebanyak RM200 yang diberikan bersama. Harga jualan masih dirahsiakan yang diyakini boleh didedahkan dalam masa terdekat.

Komen