Carian
Aplikasi Netflix Baharu Untuk Windows Tidak Akan Menyokong Muat Turun Video
May 28, 2024 Fahim Zahar

Netflix adalah platform penstriman video yang cukup popular. Ia boleh diakses hampir di semua platform tidak kira telefon, komputer, konsol permainan atau juga tablet. Bagi yang tidak tahu, pada komputer Windows turut terdapat aplikasi Netflix rasmi yang boleh dimuat turun melalui Microsoft Store. Akan datang, aplikasi versi baharu akan diperkenalkan.

Aplikasi serba baharu ini alan membawakan sokongan penstriman siaran langsung dan juga pelan bersama iklan. Netflix turut menjanjikan akan ada tambahan ciri dan fungsi baharu lain. Paling mengecewakan untuk saya adalah, aplikasi Netflix untuk Windows selepas ini tidak lagi akan menyokong muat turun video untuk tontonan luar talian.

Walaupun Malaysia tidak menyokong pelan iklan, kemas kini ini aplikasi ini turut akan terkesan kepada semua pengguna tidak kira negara mana. Selepas ini, anda tidak lagi boleh menggunakan peranti Windows untuk menonton Netflix di luar talian kerana ia akan terhad kepada peranti mudah alih seperti telefon dan tablet sahaja.

Komen