Carian
OPPO Memelihara Warisan Seni Budaya Malaysia Melalui Seni Fotografi
May 28, 2024 Penulis Tamu

OPPO hari ini mengumumkan komitmen mereka untuk meraikan budaya tempatan dengan memanfaatkan teknologi gambar yang inovatif dan kecerdasan buatan (AI) mudah alih. Inisiatif ini disokong oleh Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), bertujuan mengekalkan budaya dan tradisi Malaysia yang pelbagai melalui kempen #OPPOMalaysiaThroughTheLens. 

Ketua Pemasaran OPPO Malaysia, Monica Chin, menekankan pentingnya budaya sebagai penghubung antara masa lalu dan masa depan. Serta kemampuan golongan muda dalam menghargai dan memahami warisan budaya melalui teknologi, terutamanya AI.

Menteri Pendidikan merangkap Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, YB Fadhlina Sidek, berkata, “Dalam Persidangan Agung ke-42 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang diadakan pada November 2023, Malaysia telah berkongsi di pentas dunia akan usaha-usaha Malaysia dalam memulihara dan memelihara pakaian tradisional kita  dalam mendukung agenda UNESCO dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Melalui inisiatif OPPO ini, kami berharap untuk mempromosi pelbagai seni tradisional dan warisan budaya milik Malaysia, dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia mendukung inovasi-inovasi teknologi sebagai medium yang memelihara  kepelbagaian budaya bagi generasi akan datang.

Disamping kempen #OPPOMalaysiaThroughTheLens, OPPO akan memperkenalkan lima bentuk seni budaya Malaysia melalui produk terbaru mereka iaitu siri OPPO Reno. Ini termasuklah siri fotografi dan filem yang menampilkan Wayang Kulit, dengan tok dalang Pak Dain dan artis Wayang Kulit terkenal, Tin Toy yang berusaha memelihara tradisi ini. Filem dokumentari pendek ini akan menonjolkan usaha mereka dalam memastikan Wayang Kulit kekal sebagai salah satu seni terbesar di Malaysia. 

Dalam siri dokumentari dan fotografi pendek akan datang, OPPO akan menerokai seni tarian Ngajat melalui mata seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, Dion Das Louis yang berupaya menjaga warisan budaya ini untuk generasi akan datang. Selain itu, OPPO juga akan meneroka warisan Opera Cina di Pulau Pinang yang terus berkembang, berkat usaha seorang penyanyi yang berdedikasi, Ling Goh. Melalui filem ini, ia akan menunjukkan kepentingan dan daya tarikan dalam budaya Pulau Pinang. Sebagai perayaan seni unik negara, OPPO akan merekodkan esensi budaya Malaysia ini dan mempersembahkan melalui buku meja kopi yang akan dikeluarkan sempena bulan kebangsaan.

Bukan itu sahaja, Anugerah imagine IF Photography Awards 2024 oleh OPPO juga kembali lagi. Anugerah ini memiliki sembilan kategori termasuk Landscape, Portrait, Colours, Unfading Moment, Fashion, Snapshot, Light, Travel dan Collection. Tujuan setiap kategori adalah untuk memberi insipirasi kepada pengguna dalam menyampaikan cerita dan emosi melalui lensa telefon pintar OPPO. 

Oleh itu, OPPO menjemput peminat fotografi untuk menangkap esensi budaya tempatan. Seterusnya, berpeluang untuk memenangi sehingga USD 24,000 dengan menghantar karya ke #OPPOimagineIF. Jika anda berminat untuk menyertai Anugerah OPPO imagine IF Photography Awards 2024, penyertaan telah pun dibuka sehingga 28 Julai 2024.

Penafian: Aadvertorial daripada OPPO Malaysia

Komen