Microsoft hari ini memperkenalkan sebuah bot khusus CoPilot pada Telegram, sekaligus membolehkan orang ramai mengakses beberapa ciri CoPilot terus melalui aplikasi Telegram. Dengan adanya bot ini, pengguna boleh bertanyakan pelbagai soalan, dan bot berkenaan akan menggunakan kuasa CoPilot dalam menjawab soalan berkenaan.

Disamping itu, soalan lanjtuan berkaitan sesuatu perkara juga akan dicadangkan dalam memastikan seseorang pengguna memahami sesuatu perkara. Menariknya mengenai bot CoPilot pada Telegram ini adalah pautan web yang disediakan bersama, dan dipaparkan terus kepada pengguna.
CoPilot pada Telegram ditawarkan dalam bentuk beta, dan semua boleh menggunakannya secara percuma. Buat masa ini, ia masih terhad kepada pertanyaan dalam bentuk teks – dan mencadangkan pengguna ke web atau aplikasi Microsoft lain sekiranya perlukan janaan yang lebih meluas.
Bagi anda yang berminat, boleh mengakses terus ke bot CoPilot di Telegram hari ini.