YouTube Playables membolehkan 15 permua dimainkan terus dari dalam aplikasi YouTube pada November tahun lalu. Ia adalah ciri yang hanya diberikan kepada sebilangan kecil pelanggan YouTube Premium termasuk di Malaysia sehinggalah ia ditamatkan pada bulan Mac. Hari ini, Playables dilancarkan semula kepada lebih banyak pengguna dengan koleksi 75 permua.

Antara permua yang ditawarkan ialah Angry Birds Showdown, Words of Wonders, Cut the Rope, Tomb of the Mask, dan Trivia Crack. Sesi permainan boleh disimpan dan disambung semula oleh pemain pada bila-bila masa. Walaupun telah dilancarkan kepada lebih banyak pengguna, kami pada waktu ini belum dapat melihat Playables pada menu aplikasi Androud, iOS dan desktop.
Untuk melihat sama ada anda antara yang bernasib baik diberikan akses kepada Playables, sila ke menu YouTube dan cari pilihan untuknya atau menekan pautan di bawah.