Carian
Call of Duty : Black Ops 6 Akan Ditawarkan Menerusi Xbox dan PC Game Pass
May 29, 2024 Effi Saharudin

Call of Duty: Black Ops 6 diumumkan beberapa hari yang lalu dengan treler yang memainkan teori konspirasi. Sejak Activision Blizzard diambil alih oleh Microsoft, ramai tertanya-tanya sama ada siri COD yang amat popular ini akan ditawarkan secara percuma menerusi Xbox Games Pass dan PC Game Pass.

Persoalan ini terjawab selepas Microsoft mengumumkan sendiri Call of Duty: Black Ops 6 akan tiba pada hari pertama menerusi Game Pass. Secara lazimnya Activision Blizzard menjana pendapatan ratusan juta setiap kali permainan COD baharu dilancarkan. Dengan ia ditawarkan dalam berkas Game Pass tahun ini, impaknya kepada jualan dan pendapatan masih belum diketahui.

Call of Duty: Black Ops 6 akan turut hadir pada konsol Sony PlayStation dan Nintendo Switch. Antara persetujuan yang dilakukan oleh Microsoft bagi membolehkan mereka membeli Activision Blizzard ialah tidak menjadikan COD permainan eksklusif pada konsol mereka selama 10 tahun.

Komen