Carian
Goodix Dan vivo Ingin Peranti Android Lain Guna Pengimbas Cap Jari Ultrasonik
May 29, 2024 Fahim Zahar

Goodix adalah pengeluar pengimbas cap jari yang cukup besar di China. Mereka juga adalah syariakt teknologi yang tidak berhenti membawa inovasi baharu pada telefon pintar seperti pengimbas cap jari bawah skrin LCD. Terbaru, Goodix dan vivo bekerjasama untuk program Ultrasonic Fingerprint Solution bagi mempercepatkan penggunaan pengimbas cap jari bawah skrin jenis ultrasonik.

Selama ini, pengimbas cap jari ultrasonik hanya dikeluarkan oleh Qualcomm. Kosnya juga mahal menyebabkan penggunaan terhad kepada peranti Samsung dan peranti terpilih di China sahaja menggunakannya. Dengan Goodix mula menawarkan pengimbas cap jari ultrasonik tersendiri pada vivo X100 Ultra, ia membuktikan pengeluar peranti kini mempunyai alternatif. Goodix turut terkenal sebagai pembekal pengimbas cap jari untuk peranti mampu milik, jadi jika lebih banyak pengeluar mula menggunakan jenis ultrasonik akan ada potensi untuk pelbagai kategori peranti turut mula menggunakan sensor sama.

Sensor ultrasonik membenarkan pengguna mengimbas cap jari di dalam gelap tanpa skrin perlu dinyalakan, jari kotor atau basah pun masih boleh dikesan dan ia menjamin ciri keselamatan lebih ketat dan proses nyahkunci yang lebih pantas. Sensor ini terhad digunakan peranti skrin OLED sahaja dan ia memerlukan kepakaran pengeluar peranti melakukan rekaan untuk memadankan sensor ini dengan panel OLED pilihan mereka. Qualcomm pernah berkongsi, ia adalah satu kaedah yang sukar.

Komen