Carian
Fujifilm GFX100S II Pula Ditawarkan Di Malaysia Pada RM 26,888
May 29, 2024 Amy Maizuraa

Fujifilm hari ini turut kamera baharu GFX100S II di Malaysia, yang mana dilengkapi sensor format besar kira-kira 1.7 kali lebih besar daripada sensor bingkai penuh 35mm. Ia menampilkan sensor 102MP bersama pemproses imej X-Processor 5 terkini untuk kualiti imej lebih baik. Selain terdapat juga sokongan sistem penstabilan IBIS 5 paksi terbina dengan maksimum 8.0 hentian disertakan bersama.

Sensor juga menawarkan julat kadar sensitiviti pencahayaan standard diantara ISO80 – 12800 untuk kedua-dua rakaman video dan imej pegun. Kemampuan video pula sehingga 4K30FPS dalam 10-bit 4:2:2 boleh dilakukan, selain menyokong rakaman Apple ProRes melalui SSD luar (menggunakan kabel USB-C). Diikuti juga dua format F-Log termasuk F-Log2 yang boleh dimanfaatkan untuk kawalan warna pada imej lebih menyenangkan.

Kemampuan penjejakan autofokus untuk gambar pegun dan video juga lebih tepat dengan bantuan AI. Sekaligusn membolehkan kamera mengesan subjek dengan lebih tepat meskipun dalam situasi pencahayaan rendah. Sebanyak 20 pilihan tetapan Film Simulation (termasuk REALA ACE) disediakan. GFX100S II juga diintegrasikan dengan Frame.io untuk memuat-naik foto dan video terus ke storan awanan tanpa memerlukan aksesori tambahan.

Viewfinder pula sebesar 0.5″ OLED dengan 5.76 juta titik. Kemudian sebuah skrin LCD sesentuh 3.2″ juga disertakan pada panel belakang dan boleh digerakkan bagi tujuan fleksibiliti. Fujifilm GFX100S II dijual di Malaysia pada harga RM26,888 untuk tubuh sahaja dan boleh dipratempah bermula sekarang dengan hadiah bernilai RM5,235.

Komen