Carian
Nothing Mengacah Rekaan Telefon Baharu, Mungkin Phone (2a) Edisi Komuniti
May 29, 2024 Fahim Zahar

Nothing Phone (2a) adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang baik. Ia menawarkan perisian yang menarik, kamera yang boleh diterima dan rekaan yang menawan. Harga jualan pun tidak begitu mahal berbanding pesaing dalam kelas sama. Selepas dilancarkan, Nothing mengumumkan yang Phone (2a) turut akan hadir dengan edisi komuniti. Nothing baru-baru ini mengacah sesuatu di X, ia mungkin adalah untuk peranti ini.

Nothing Phone (2a) Community Edition adalah pertandingan di mana pengguna Nothing boleh merekabentuk rekaan Phone (2a) yang lain seperti menyokong nyalaan dalam gelap, susunan Glyph lain, kemudian akan dipadankan dengan imej latar rekaan ahli komuniti, peranti turut akan dibungkus dalam bungkusan yang direka komuniti serta ia akan dipasarkan dengan idea kreatif ahli komuniti juga. Di X, Nothing mengacah imej yang dilihat seakan lensa kamera Phone (2a) dengan elemen berwarna biru, merah dan kuning.

Imej baharu yang diacah turut mirip sebahagian daripada panel belakang Phone (2a), cuma kini dengan sentuhan warna baharu. Nothing menyatakan sesuatu akan diumumkan pada hari ini, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut untuk mengetahui apakah yang menarik dengan peranti baharu yang diacah ini.

Komen