Carian
Google Business Profile Chat Akan Dihentikan Pada 31 Julai
May 29, 2024 Effi Saharudin

Google Business Profile Chat akan dihentikan bermula 31 Julai depan. Menerusi ciri ini pengguna boleh menghantar mesej teks terus kepada pemilik sesebuah perniagaan menerusi Google Search dan Google Maps. Bermula 15 Julai ini pula, perbualan baharu oleh pelanggan tidak lagi boleh dilakukan. Jika pelanggan pernah menghubungi perniagaan menggunakan Google Business Profile Chat, notifikasi akan dihantar menyatakan ciri akan ditamatkan.

Pemilik perniagaan disarankan memberi cara alternatif untuk dihubungi menerusi profil perniagaan. Maklumat nombor telefon dan ciri melakukan panggilan telefon terus menerusi pautan profil perniagaan masih lagi boleh digunakan. Google tidak memberitahu mengapa Google Business Profile Chat dihentikan.

Berdasarkan pengalaman peribadi, kami menyedari perniagaan di Malaysia jarang menggunakan ciri ini. Mesej yang dihantar kerap tidak dijawab. Melakukan panggilan telefon atau menghantar mesej terus menerusi WhatsApp menggunakan nombor telefon tertera adalah jauh lebih pantas.

Komen