Carian
Fitbit Ace LTE Dilancarkan Khusus Untuk Kanak-Kanak
May 30, 2024 Effi Saharudin

Pasara jam tangan pintar kanak-kanak kami sedari didominasi oleh syarikat China seperti Xiaomi dan Huawei. Awal pagi tadi Google akhirnya memasuki arena ini dengan melancarkan Fitbit Ace LTE. Jam tangan ini ialah usaha sulung mereka menawarkan jam untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas.

Ia mempunyai skrin empat segi dengan bucu yang dibulatkan. Kemampuan menjejak aktiviti sukan dan lokasi pemakai disertakan. Bagi tujuan keselamatan, hanya ibu bapa boleh menjejak lokasi pemakai pada bila-bila masa. Dengan sokongan LTE ia turut mampu melakukan panggilan telefon serta menghantar mesej. Hanya individu tertentu sahaja dibenarkan melakukan panggilan telefon dan mesej bagi tujuan privasi serta keselamatan.

Apabila di sekolah, mod khas boleh diaktifkan supaya jam tangan pintar ini tidak mengganggu pemakai ketika sesi pembelajaran. Ini adalah penting kerana Fitbit Ace LTE turut mempunyai beberapa permainan terbina. Bateri jam boleh bertahan sehingga 16 jam dengan sekali caj supaya boleh digunakan hampir sepanjang hari.

Fitbit Ace LTE turut hadir dengan enam tali jam berbeza. Apabila tali jam ditukar, ia akan turut mengubah tema jam secara automatik mengikut tema tali jam itu sendiri. Kerana dibina untuk kanak-kanak, setiap jam direka untuk tahan lasak serta melepasi dibawa menyelam sehingga 50 meter.

 Fitbit Ace LTE serasi digunakan pada peranti Android dan iOS dengan harga jualannya ialah $230 (~RM1082) seutas tetapi ia memerlukan langgan bulanan $10 untuk menggunakan rangkaian selular memandangkan ia tidak menyokong SIM fizikal.

Komen