Carian
Arm Umumkan CPU Cortex-X925, Cortex-A725 dan GPU Immortalis G925
May 30, 2024 Effi Saharudin

Arm hari ini mengumumkan dua CPU baharu di bawah keluarga Armv9 dan tiga GPU yang akan digunakan pada peranti Android tahun 2025. Pertama sekali ialah CPU mercu Cortex-X925 yang menggantikan tempat Cortex X4 yang digunakan pada cip seperti Snapdragon 8 Gen 3. Menurut Arm peningkatan prestasi sehingga 36% dapat dicapai X925 berbanding X4 dan oleh sebab itu penamaan baharu digunakan dan bukannya X5 seperti yang dijangka.

Seterusnya ialah CPU Cortex-A725 yang menggantikan Cortex-A720 serta menawarkan peningkatan prestasi sehingga 35%. Ia turut menjimatkan penggunaan kuasa sehingga 15%. Dengan peranti Android kini semakin banyak mempunyai ciri kecerdasan buatan (AI), peningkatan kemampuan NPU sehingga 41% juga dicatatkan oleh CPU baharu ini.

GPU Immortalis G925 pula menawarkan peningkatan prestasi pemproses grafik sehingga 37% berbanding Immortalis G720. Peningkatan raytracing pula meningkat sehingga 52% dengan penggunaan kuasa berjaya dikurangkan sehingga 30%.

GPU Immortalis G925 pula menawarkan peningkatan prestasi pemproses grafik sehingga 37% berbanding Immortalis G720. Peningkatan raytracing pula meningkat sehingga 52% dengan penggunaan kuasa berjaya dikurangkan sehingga 30%. GPU ini boleh dikustomasi dengan penggunaan bermula dengan 10 teras shader dengan ia boleh ditambah untuk prestasi lebih tinggi untuk digunakan pada Chromebook mislanya.

Dalam permua popular Genshin Impact prestasi meningkat 49%, dan Roblox (46%). Dalam permua Call of Duty Mobile, Diablo Immortal, the Day After Tomorrow, Fortnite dab PUBG Mobile peningkatan prestasi antara 29-72% boleh dicapai.

Dua lagi GPU yang diumumkan ialah Mali-G725 dan Mali-G625. Kedua-duanya menggunakan infrastruktur yang sama dengan G925 tetapi dengan pengurangan teras shader. G725 dengan 6-9 teras sementara G625 pula dengan 1-5 teras shader.

Cip permata yang akan menggunakan CPU serta GPU mercu terkini Arm ialah MediaTek Dimensity 9400 yang bakal diumumkan pada penghujung tahun ini.

Komen