Carian
Google Umum Pelaburan Berjumlah $2 Bilion Di Malaysia – Termasuk Membangunkan Pusat Data Dan Google Cloud Region
May 30, 2024 Aman

Google hari ini mengumumkan akan melabur sebanyak $2 bilion di Malaysia, termasuk membangunkan pusat data pertama Google di Malaysia, disamping membentuk Google Cloud Region di negara ini. Pelaburan ini juga akan turut merangkumi pembangunan program literasi kecerdasan buatan untuk para pelajar dan pendidik di Malaysia.

Google menyatakan tapak pelaburan ini dilokasikan di Elmina Business Park milik Sime Darby Property yang akan memperlihatkan pembangunan pusat data Google di Malaysia.

Google telah berada di Malaysia selama 13 tahun, dan pelaburan ini dibangunkan atas kerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk terus memajukan dasar “Cloud First”, termasuk pembangunan piawaian keselamatan siber yang tinggi.

Disamping pembangunan pusat data dan juga Google Cloud Region, gergasi internet ini juga akan turut memperkenalkan program Akademi Gemini dalam mendidik dan memberi manfaat kepada lebih 600 tenaga pengajar di Malaysia dalam membantu menggunakan alatan kecerdasan buatan generatif.

Pelaburan Google ini dijangka akan menyumbang kepada lebih $3.2 bilion pada KDNK, dan membantu 26,500 pekerjaan menjelang 2030 kelak.

Komen