Carian
Grab Akan Guna Teknologi OpenAI – Termasuk Untuk Chatbot Khidmat Pelanggan
May 30, 2024 Aman

Grab hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan OpenAI, dimana kedua-dua pihak akan bersama membangunkan dan menawarkan penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan kepada para pelanggan, pengguna, dan juga pekerja Grab.

Sebagai langkah permulaan, OpenAI akan menawarkan khidmat ChatGPT Enterprise kepada semua pekerja Grab seluruh dunia. Disamping itu, antara perkara yang akan diintegrasikan adalah penggunaan teknologi OpenAI untuk membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran – terutamanya pengguna berusia.

Grab juga akan menggunakan teknologi OpenAI untuk membangunkan chatbot khidmat pelanggan dalam mengetahui dan menyelesaikan masalah pengguna dengan lebih pantas. Disamping itu, Grab turut menyatakan akan menggunakan kepakaran OpenAI dalam usaha pemetaan Grab Maps.

Komen