Carian
Qatar Airways Bekerjasama Dengan Starlink – Membolehkan Penumpang Menikmati Internet Sehingga 500Mbps Ketika Penerbangan
May 30, 2024 Aman

Qatar Airways kini mengumumkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet berasaskan satelit, Starlink. Melalui kerjasama ini, kapal terbang Qatar Airways akan dilengkapi dengan sokongan perkhidmatan internet yang dibawakan melalui Starlink – sekaligus memudahkan penumpang untuk terus mengakses internet ketika dalam penerbangan.

Untuk peringkat permulaan, Qatar Airways akan melengkapkan tiga kapal terbang Boeing 777-300s dibawah mereka dengan sokongan Starlink, menjelang penghujung tahun 2024 ini. Ia dijangka akan dilanjutkan untuk meliputi semua penerbangan moden mereka dalam tempoh 2 tahun akan datang.

Qatar Airways menyasarkan semua pelanggan mereka kelak akan dapat menikmati akses internet sehingga 500Mbps ketika dalam penerbangan – sekaligus membolehkan mereka menggunakan khidmat internet seperti biasa, termasuk untuk penstriman, bermain video, dan sebagainya.

Komen