Carian
Samsung Akan “Teman” Anda Lebih Lama Melalui Lanjutan Jaminan Untuk Siri Galaxy A55 Dan A35
May 30, 2024 Penulis Tamu

Samsung telah pun menawarkan siri Galaxy A terbaru untuk tahun ini, terutamanya memfokuskan pada Galaxy A55 dan juga Galaxy A35. Kedua-duanya hadir dengan sokongan rangkaian 5G, sekaligus membolehkan anda menggunakannya bersama rangkaian baharu – apatah lagi dengan penawaran kemaskini Samsung dari segi sekuriti dan perisian yang memastikan anda boleh menggunakan untuk tempoh lama tanpa masalah.

Disamping itu, Samsung juga turut menyediakan penawaran jaminan lanjutan selama setahun kepada para pembeli Galaxy A55, sekaligus bukan sahaja melindungi peranti anda dari segi perisian dan sekuriti, tetapi juga dari segi perkakasan dan perlindungannya. Perlindungan jaminan ini meliputi daripada kemalangan dan juga kerosakkan disebabkan cecair.

Selari dengan perkara ini, Samsung kini turut menjalankan kempen baharu memfokuskan telefon pintar Galaxy A mereka, dibawah kempen “Teman Awesome Anda”. Di Malaysia, Samsung menawarkan Galaxy A35 5G pada harga RM1699, sementara Galaxy A55 5G ditawarkan pada harga RM1999.

Komen