Carian
Illegear Melancarkan Meja Gaming Orion Baharu Pada Harga RM2,999
May 30, 2024 Amy Maizuraa

Illegear hari ini melancarkan meja gaming Orion baharu bersempena dengan ulang tahun mereka yang ke-13. Ia menjadi tambahan baharu untuk rangkaian meja gaming mereka yang sedia ada dengan beberapa peningkatan menarik.

Binaannya menggunakan bahan berkualiti tinggi yang diyakini mampu menampung sebarang jenis barang seperti PC dan multi-monitor gaming yang diletakkan diatasnya. Cukup tahan lasak untuk menampung beban sehingga 100 kilogram, selain mempunyai lapisan permukaan bertekstur yang memudahkan lagi penggunaan tetikus dan tahan calar.

Ia juga dilengkapi beberapa ruangan tambahan temasuk untuk pengurusan kabel terbina yang boleh mengelakkan wayar berselirat. Selain turut menyokong sistem pencahayaan RGB terbina yang boleh diubah sepenuhnya dengan mudah. Ketinggian meja turut boleh dilaraskan mengikut keperluan pengguna secara manual melalui butang yang terdapat di bahagian sisi.

Menurut Illegear, kekunci jenis mekanikal digunakan untuk butang tersebut selain meja juga menyokong ciri Anti-Collision Detection yang membolehkan motor elektrik terbina dihentikan secara automatik sekiranya meja didapati menyentuh sesuatu.

Di Malaysia Illegear Orion dijual pada harga RM2,999 sebuah dengan beberapa aksesori tambahan diberikan bersama. Anda yang berminat boleh mendapatkannya melalui semua pengedar sah Illegear di seluruh Malaysia.

Komen