Pada dua minggu ini berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Kehangatan acara tahunan ini diteruskan lagi pengumuman baharu mengenai pemberian baucar buku sebanyak RM100 oleh kerajaan. Pemberian itu melibatkan beberapa golongan pelajar yang termasuk sekolah rendah bermula dari darjah 4 sehingga ke sekolah menengah dan institut pengajian tinggi.

Inisiatif ini dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan tekanan kepada kewangan kerajaan, selain juga menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Baucar tersebut boleh digunakan bermula Jumaat iaitu 31 Mei 2024 dengan mekanisme lanjut yang turut akan diumumkan pada hari yang sama. Ini termasuklah panduan yang melibatkan kategori buku, jenis penebusan dan lain-lain. Pemberian ini sudah tentunya juga mampu merancakkan lagi industri buku fizikal secara keseluruhan.