Carian
Microsoft Dilaporkan Bimbang Berkaitan Kerjasama Apple Dan OpenAI
May 31, 2024 Aman

Sejak beberapa minggu lepas, kita telah mendengar akan beberapa laporan mengatakan Apple akan menggunakan teknologi OpenAI melalui kemaskini iOS 18 kelak, sekaligus menawarkan sejumlah ciri-ciri berasaskan kecerdasan buatan generatif pada sistem operasi mereka.

Walaubagaimanapun, kini hadir laporan mengatakan Microsoft tidak menyukai akan kerjasama antara kedua-dua syarikat berkenaan, dan bimbang berkaitan dengannya. Salah satu perkara yang membimbangkan Microsoft adalah berkaitan dengan operasi pelayan yang menguasakan ChatGPT kelak sekiranya ia dihubungkan kepada ratusan juta peranti iPhone dan iPad.

Disamping itu, ia juga akan meletakkan kebolehan penawaran ciri kecerdasan buatan oleh Apple setara dengan apa yang disediakan oleh Microsoft pada hari ini – memandangkan kedua-duanya akan menggunakan teknologi OpenAI.

Buat masa ini, Apple tidak mengumumkan sebarang kerjasama dengan OpenAI lagi. Mengikut spekulasi, Apple dijangka berkongsi berkenaan dengannya pada acara WWDC yang dijadualkan pada awal Jun 2024 ini – termasuk pengenalan ioS 18 serta Siri yang dinaik-taraf.

Beberapa desas-desus turut mengatakan Apple mungkin turut bekerjasama dengan Google dalam mengintegrasikan Gemini pada iOS 18 kelak. Apa pun, sama-sama kita nantikan WWDC 2024 kelak, untuk mendengar secara rasmi terus daripada Apple kelak.

Komen