Carian
Instagram Semakin Serius Dengan Ciri Notes, Kini Boleh Suka Dan Tag Rakan
May 31, 2024 Fahim Zahar

Notes adalah ciri yang diperkenalkan pada Instagram sejak dua tahun lepas. Ia membenarkan pengguna berkongsi nota sehingga 60 aksara, boleh kongsi audio dan video pendek yang boleh dilihat oleh pengikut dan rakan. Ciri ini seakan Stories kerana hanya terpapar untuk 24 jam dan terbaru pengguna boleh tag rakan pada Notes, pengguna lain boleh suka serta juga boleh akses prom untuk perkongsian pantas.

Jelas di sini yang Instagram semakin serius dengan ciri Notes dan cuba menggalakkan orang ramai menggunakan ciri ini. Ciri ini masih diedarkan secara berperingkat kepada pada peranti saya ia masih tidak disokong tetapi raka pejabat saya sudah. Dalam cubaan saya, Notes kini adalah seakan Stories yang lebih ringkas. Pengguna boleh suka dan tag orang lain untuk ramai-ramai berinteraksi.

Ciri yang nampak menarik sedikit adalah Prompt, di mana seorang pengguna cipta satu Notes dengan judul dan pengguna lain boleh menggunakan Notes sama cuma perlu masukkan pendapat mereka atau perasaan mereka tersendiri. Pengguna kemudian boleh lihat berapa ramai menggunakan prom sama tetapi nama pengguna akan disorokkan.

Komen