Carian
Siri Vivo S19 Rasmi Dengan Cip Snapdragon 7 Gen 3 Dan Bateri 6000mAh
May 31, 2024 Amy Maizuraa

Vivo telah melancarkan dua peranti baharu S19 dan S19 Pro di China. Kedua-duanya tampil dengan rekaan serta imej berbeza yang berimej segar berlainan dengan peranti mereka yang sedia ada. Paling menonjol tentunya di bahagian belakang yang memuatkan bonggol kamera berbentuk bulat yang besar bersama ciri Aura Light menerusi lampu terbina. Peranti juga menawarkan pelbagai variasi warna yang termasuk biru, kelabu, kuning dan hijau.

Vivo S19 Pro menggunakan skrin OLED 120Hz sebesar 6.78″ dengan kecerahan maksimum 4500nits. Ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 9200+ memori 8GB / 12GB / 16GB LPDDR5X dan storan dalaman 256GB / 512GB UFS 3.1 untuk tunjang utama. Diikuti juga dengan perisian terkini OriginOS 4.0 yang dibina berasaskan Android 14.

Ciri lain yang ada pada peranti ialah kamera utama 50MP (Sony IMX921) + 50MP (Sony IMX816) + 8MP (OmniVision OV08D10) dengan OIS dan swafoto 50MP (Samsung JN1). Selain itu, peranti juga mempunyai bateri 5,500mAh, pengecasan pantas 80W, kalis air IP68/IP69 dan pembesar suara stereo.

Vivo S19 juga dilengkapi skrin 6.78-inci OLED 1.5K 120Hz dengan kecerahan puncak 4500nits. Cip Snapdragon 7 Gen 3 digunakan dengan memori 8GB / 12GB / 16GB LPDDR5X dan storan 256GB / 512GB UFS 3.1 untuk tunjang utama. Ini dipadankan juga dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Sistem kamera pula terdiri dengan 50MP (OmniVision OV50E) + 8MP (OmniVision OV08D10) untuk utama dan swafoto 50MP (Samsung JN1). Ciri lain yang disokong termasuklah pengimbas cap jari skrin. pembesar suara stereo, NFC dan Bluetooth 5.4.

Harga jualan penuh untuk kedua-dua peranti baharu tersebut seperti di bawah:

  • Vivo S19 (8/256GB) – RMB 2499 (~RM1,622)
  • Vivo S19 (12/256GB) – RMB 2699 (~RM1,752)
  • Vivo S19 (12/512GB) – RMB 2999 (~RM1,946)
  • Vivo S19 (16/512GB) – RMB 3299 (~RM2,141)
  • Vivo S19 Pro (8/256GB) – RMB 3299 (~RM2,141)
  • Vivo S19 Pro (12/256GB) – RMB 3499 (~RM2,271)
  • Vivo S19 Pro (16/256GB) – RMB 3799 (~RM2,466)
  • Vivo S19 Pro (16/512GB) – RMB 3999 (~RM2,596)
Komen