Carian
Netflix Akan Memberikan Butang Kawalan HDR Pada Aplikasi Android
May 31, 2024 Fahim Zahar

Aplikasi Netflix pada sehingga hari ini tidak memberi pengguna kawalan manual untuk memilih resolusi penstriman dan format warna. Semuanya bergerak secara automatik dengan pengguna hanya boleh pilih mod auto untuk kualiti kandungan terbaik dimainkan mengikut kelajuan akses Internet. Menurut Android Authority, Netflix akan menawarkan butang manual mengaktifkan mod HDR pada peranti Android.

Butang ini dikatakan membenarkan pengguna untuk memilih sama ada ingin menstrim video dalam format SDR atau HDR. Mod HDR akan memaksa skrin menyala pada keterangan paling maksimum. Jika anda menonton filem sebelum tidur, mod SDR dapat mengelakkan mata menjadi sakit kerana terlalu silau.

Penggunaan mod HDR turut menggunakan kuasa lebih tinggi yang mengakibatkan bateri digunakan lebih pantas. Mod SDR berguna untuk menjimatkan kuasa atau memastikan peranti tidak mati ketika menonton kandungan.

Buat masa ini masih tidak pasti jika Netflix akan menawarkan butang ini kepada semua atau hanya sekadar ujian. Ciri ini tersembunyi di dalam aplikasi Netflix untuk Android versi 8.117.0 build 3 50695 beta. Sama-sama kita nantikan.

Komen