Jika anda melanggani perisian produktiviti pejabat Microsoft 365 Family, Microsoft Malaysia hari ini telah memberi notis kepada pelanggan bahawa harga langganan perisian tersebut telah dinaikkan dari RM36 ke RM41 sebulan.
Microsoft Malaysia mengatakan bahawa perkara ini terpaksa dilakukan kerana keadaan pasaran yang memerlukan mereka meningkatkan harga untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi. Untuk pelan Microsoft 365 Family ini, Microsoft menawrkan penggunaan perisian produktiviti Microsoft Office yang terkini, termasuklah storan data sebesar 6TB yang boleh dikongsi bersama enam akaun Microsoft yang lain.

Kali terakhir Microsoft Malaysia meningkatkan harga untuk langganan perisian Microsoft 365 ialah pada pertengahan tahun yang lalu, dan setahun kemudian, ia nampaknya telah dinaikkan sekali lagi. Dengan peningkatan harga langganan bulanan, ia dijangka bahawa tanda harga untuk langganan setahun juga akan ditingkatkan kelak. Kami jangkakan bahawa ia akan dikemaskini di laman web Microsoft Malaysia pada bulan Julai kelak.