Carian
Boost Bank Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada Minggu Hadapan
May 31, 2024 Aman

Axiata kini mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan bank digital mereka, Boost Bank secara rasminya pada minggu hadapan, 6 Jun 2024. Ini sekaligus akan memposisikan Boost Bank sebagai bank digital ketiga di negara, selepas GX Bank dan juga AEON Bank.

Untuk makluman, Boost telah sedia mempromosikan Boost Bank melalui aplikasi dompet digital Boost sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dalam usaha menarik lebih ramai mendaftar perkhidmatan bank digital mereka. Perkhidmatan dompet digital Boost kini mempunyai sekitar 11 juta pengguna.

Boost Bank ini merupakan perkhidmatan perbankan digital usahasama RHB dan juga Boost, dimana Boost mempunyai pegangan 60%, sementara RHB mempunyai pegangan 40% pada syarikat perbankan digital ini.

Buat masa ini, penawaran yang bakal disediakan melalui perbankan digital Boost Bank ini masih tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut berkenaan dengannya dalam masa terdekat ini.

Komen