Carian
Google Perjelaskan Isu AI Overview dan Langkah Diambil Mengelakkan Ia Berulang
May 31, 2024 Effi Saharudin

Ciri carian AI Overview di Google Search tular minggu ini selepas ia memberikan jawapan yang tidak masuk akal, berbahaya dan langsung tidak tepat. Kerana isu ini, AI Overview telah dimatikan untuk carian topik tertentu. Hari ini Google akhirnya menjelaskan apakah yang berlaku menyebabkan jawapan tersebut diberikan dan langkah yang telah diambil bagi mengelakkan ia berulang semula.

Pertama sekali Google menegaskan hanya sebilangan kecil jawapan yang diberikan AI Overview adalah merepek. Dalam beberapa gambar yang tular, Google mendapati telah disunting dengan jawapan sebenar tidak sama seperti yang diuar-uarkan.

Kedua Google menyedari kesilapan berlaku apabila soalan yang kurang lazim ditanya. Mereka juga mengaku AI Overview pada asalnya tidak cukup bijak membezakan jawapan dalam bentuk satira yang kerap diberikan di dalam forum. Oleh sebab inilah AI Overview memberikan jawapan yang tidak munasabah seperti menggunakan gam pada keju piza.

Bagi mengelakkan jawapan tidak tepat atau aneh diberikan di masa depan. Google telah melakukan perubahan-perubahan di bawah.

  • Meletakkan mekanisme mengesan soalan yang tidak masuk akal dan tidak mengaktifkan AI Overview untuk carian ini. Kandungan berunsur satira dan jenaka juga dihadkan.,
  • Mengemaskini sistem supaya menghadkan mengambil sumber jawapan daripada kandungan dijana pengguna biasa bagi mengelakkan saranan tidak tepat diberikan.
  • Meletakkan kekangan pada soalan-soalan di mana AI Overview disahkan tidak diperlukan.
  • Jawapan mengenai berita dan kesihatan pula mempunyai sistem keselamatan yang mengelakkan
  • Untuk topik berita dan kesihatan, langkah keselamatan telah diletakkan. Dalam dua topik ini ketepatan adalah penting maka pemberian maklumat dengan fakta tepat adalah penting.
Komen