Anker telah mengumumkan tiga pilihan fon telinga baharu di Malaysia. Ianya terdiri dengan Soundcore K20i, Soundcore R50i NC dan Soundcore C30i yang direka khusus untuk memenuhi keperluan semua jenis pengguna. Selain itu kesemuanya juga diletakkan dalam julat harga yang mampu milik.

Mulakan dengan Soundcore K20i yang paling mampu milik dengan harga jualan RM89. Ia menampilkan rekaan jenis fon telinga separa terbuka dengan kemampuan sesentuh. Ia juga boleh berfungsi hingga 6 jam melalui fon telinga sendiri dan meningkat 36 jam dengan bantuan pod pengecas. Selain turut melepasi penarafan melepasi penarafan kalis air IPX5 yang sesuai digunakan untuk bersenam.

Seterusnya, Soundcore R50i NC juga menampilkan rekaan jenis fon telinga separa terbuka bertangkai bersama pod pengecas yang berbentuk persegi. Menariknya lagi apabila pod pengecas tersebut turut boleh digunakan sebagai pemegang peranti. Sebanyak empat mikrofon terbina disertakan dengan ANC terbina yang mampu menapis bunyi hingar sehingga 42db. Bateri disertakan pula boleh bertahan maksimum 45 jam penggunaan. Ia boleh didapati pada RM239 dengan pilihan warna hitam, putih, merah jambu dan biru.

Untuk Soundcore C30i pula menggunakan rekaan terbuka seakan subang dan berharga RM329. Ia dibangunkan khusus buat mereka yang mahu peka terhadap keadaan sekeliling meskipun sedang mendengar muzik. Selain itu pengguna boleh menyesuaikan pengalaman audio melalui Soundcore App yang juga menawarkan profil bunyi 3D. Tambatan pantas boleh dilakukan dengan bluetooth 5.3 yang juga menyokong ciri Multipoint Connection untuk sambungan pada dua peranti serentak. Bateri digunakan pula boleh berfungsi sehingga 10 jam dengan tahap kelantangan 50%.
Untuk makluman terdapat juga promosi harga menarik yang ditawarkan pada ketiga-tiga fon telinga tersebut untuk masa terhad. Ianya bermula RM69 untuk Soundcor K20i, RM139 untuk Soundcor R50i NC dan RM239 pula untuk Soundcore C30i.