Carian
Huawei Memintas Samsung Sebagai Pengeluar Telefon Skrin Lipat Terbesar Pada Q1 2024
May 31, 2024 Amy Maizuraa

Corak pasaran telefon pintar boleh lipat dunia meningkat 49% pada Q1 2024 menurut laporan terkini Counterpoint Research Foldable Smartphone Shipment Tracker. Lonjakan itu didorong oleh peningkatan penghantaran yang ketara dalam kalangan beberapa Pengeluar Peralatan Asal (OEM) dari China. Khususnya Huawei yang berpeluang lompat ke kedudukan teratas buat pertama kalinya sekaligus memintas Samsung yang secara konsisten menerajui pasaran tersebut sebelum ini.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa jualan telefon pintar boleh lipat Huawei menyaksikan peningkatan sebanyak 257% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Pengenalan sokongan 5G dalam perantinya menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan positif tersebut selain turut didorong oleh kejayaannya di China. Sementara itu, Samsung pula mengalami penurunan yang ketara sebanyak 42% berbanding 58% yang dicatatkan pada Q1 tahun sebelumnya.

Huawei Mate X5

Pengeluar lain dalam pasaran yang sama seperti Honor dan Motorola juga mencatatkan peningkatan penghantaran ketara. Honor dilihat berada di kedudukan ketiga dengan pertumbuhan sebanyak 460% dan bahagian pasaran yang berkembang daripada 3% kepada 12% dalam tempoh setahun. Motorola pula menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 1,473% dalam jualan telefon boleh lipat mereka pada Q1 tahun ini melalui siri Razr yang menjadi model utama di Amerika Utara.

Komen