Carian
NVIDIA Dijangka Akan Mengatasi Apple Sebagai Syarikat Kedua Paling Bernilai Di Dunia
June 1, 2024 Aman

NVIDIA kini disasarkan mungkin akan mengatasi nilai pasaran Apple, sekaligus menjadikan NVIDIA sebagai syarikat kedua yang paling bernilai tinggi di dunia. Seperti ramai sedia maklum, NVIDIA menghasilkan cip yang menguasakan pelbagai pembangunan berasaskan kecerdasan buatan ke belakangan ini. Dengan permintaan pembangunan kecerdasan buatan tinggi, ia sekaligus membuatkan nilai syarikat NVIDIA turut meningkat mendadak kebelakangan ini.

Malah, perkembangan arena teknologi kebelakangan ini dilihat agak selari dengan penawaran NVIDIA – daripada penawaran untuk permainan video, kriptowang, dan kini untuk kecerdasan buatan.

Sebelum ini, NVIDIA sedia mengatasi Amazon dan Google dari segi nilai syarikat, dan nilai sahamnya terus meningkat secara positif setiap hari. Ini sekaligus membuatkan ramai penganalisa menyasarkan NVIDIA akan mengatasi Apple dari segi nilai pasaran syarikat, dan membuatkan ia di tangga kedua, hanya di belakang Microsoft.

Komen