Carian
Pengguna Percuma ChatGPT Kini Boleh Mengakses GPTs Dan Memuat-Naik Fail
June 1, 2024 Aman

ChatGPT sedia ditawarkan dalam bentuk percuma dan juga berbayar. Menariknya, kini OpenAI memperluaskan beberapa ciri-ciri berbayar kepada pengguna versi percumanya – selari dengan pengumuman beberapa minggu sebelum ini.

Melalui kemaskini terbaru yang ditawarkan melalui ChatGPT, kini pengguna versi percuma platform penjanaan berasaskan kecerdasan buatan berkenaan sudah boleh mengakses pelbagai GPTs yang dibangunkan pihak ketiga untuk tujuan khusus. Ini sekaligus membolehkan pengguna versi percuma turut melayari GPT Store, dan menggunakan sebarang GPTs yang diperlukan.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, pengguna versi percuma tidak boleh menghasilkan GPTs mereka tersendiri.

Pada masa yang sama, pengguna turut boleh memuat-naik fail dan sebagainya untuk analisa lanjutan.

Pengguna versi percuma juga kini diberikan akses terhad kepada penggunaan GPT-4o. Sejumlah mesej melibatkan model ini akan digunakan terlebih dahulu, dan akan dibawa kepada model GPT-3.5 selepas penggunaan terhad berkenaan habis digunakan. Sebaliknya, untuk pengguna versi berbayar, mereka boleh mengakses model terbaru ChatGPT berkenaan tanpa had, termasuk mempunyai had aksara yang lebih panjang lagi.

Komen