Carian
PayPal Membentuk Sebuah Bahagian Khusus Memfokuskan Kepada Perniagaan Pengiklanan
June 1, 2024 Aman

PayPal, salah satu perkhidmatan yang terkenal dalam memudahkan pembayaran antara pengguna, kini turut mengumumkan mereka akan membentuk sebuah bahagian khusus yang memfokuskan kepada perniagaan pengiklanan.

Dibawah perniagaan ini, PayPal menyasarkan untuk menghimpunkan pelbagai data perbelanjaan oleh pengguna mereka, dan menyasarkan iklan yang sesuai kepada pengguna PayPal berkenaan.

Sebelum ini sendiri, PayPal telah mula bereksperimen dengan penyasaran iklan, termasuk menggunakan data pembelian pengguna untuk sesuatu peruncit, dan kemudiannya menawarkan promosi dan diskaun khusus dalam membuatkan mereka melakukan pembelian berulang. Dengan langkah terbaru ini, PayPal ingin memperluaskan lagi penawaran pengiklanan mereka – membolehkan lebih banyak jenama menggunakan PayPal dalam penyasaran pengiklanan.

Komen