Xiaomi secara rasminya melancarkan monitor gaming melengkung G34QWi baharu di Malaysia. Ia menjanjikan pengalaman tontonan terbaik dengan padanan resolusi dan kadar segar semula yang tinggi. Diikuti juga ciri dan fungsi yang sesuai dengan keperluan target penggunanya termasuk dalam aspek rekabentuk.

Untuk spesifikasi, Xiaomi G34WQi dilengkapi skrin 21:9 sebesar 34-inci dengan sudut lengkungan 1500R. Ia juga menyokong resolusi WQHD (2560 x 1440 piksel), kadar segar semula 180Hz dan masa tindak balas 1ms. Sokongan AMD FreeSync disertakan pada monitor yang mampu memaparkan 100% warna SRGB. Terdapat juga cagak yang boleh dilaraskan dalam pelbagai sudut selain boleh juga dipasangkan pada dinding dengan mudah. Input yang disokong ialah dua port HDMI 2.0 dan dua DisplayPort 1.4.

Bagi yang berminat, Xiaomi G34WQi dijual pada RM1,499 sebuah namun masih terdapat promosi harga menarik serendah RM1,249 ditawarkan untuk masa terhad.