Black Shark mengumumkan ketersediaan dua peranti boleh pakai baharu GS3 dan GT3 Neo di Malaysia. Masing-masing dijual dengan harga RM149 untuk GT3 Neo dan RM439 pula untuk GS3. Anda yang berminat boleh mendapatkannya sekarang melalui pengedar sah Black Shark di seluruh Malaysia.

Black Shark GS3 dilengkapi skrin AMOLED sebesar 1.43″. Skrin juga dilapisi Corning Gorilla Glass dan gentian kaca untuk lebih tahan lasak. Sementara itu talinya pula diperbuat daripada bahan silikon mesra kulit untuk keselesaan. Sensor kesihatan dan kecergasan standard turut diberikan bagi tujuan mengesan pelbagai maklumat kesihatan. Selain menyokong lebih 100 mod sukan bersama keupayaan GPS terbina untuk pengesanan lokasi lebih tepat. BlackShark GS3 turut melepasi penarafan kali air 5ATM dan boleh digunakan hingga 21 hari lamanya. Terdapat juga kebolehan membuat panggilan secara terus daripada jam tangan melalui pembesar suara dan mikrofon terbina.

Black Shark GT3 Neo pula menggunakan skrin 2.01″ dengan resolusi 240 X 296 piksel. Ia juga dilengkapi pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina. Selain juga melepasi kalis air IP68 yang menjadikannya sesuai dibawa berenang. Bateri disertakan boleh berfungsi sehingga tujuh hari penggunaan dan pengguna turut boleh melakukan panggilan telefon daripadanya melaluinya dengan kualiti suara yang jelas. Kesemua ciri dinyatakan telah dimuatkan ke dalam tubuh jam tangan dengan gabungan kerangka empat segi bersama padanan tali silikon berwarna putih atau hitam.