Carian
Ubat Menumbuhkan Semula Gigi Diuji Pada Manusia Tahun Ini Di Jepun
June 2, 2024 Effi Saharudin

Orang dewasa mempunyai 32 gigi kekal tetapi semakin kita meningkat usia, gigi rongak adalah sesuatu yang akan berlaku keran ia tidak dapa dielakkan. Saintis dari Kyoto University dan University of Fukui akan mula melakukan ujian ubat yang menumbuhkan semula gigi yang rongak pada manusia. Sebelum ini ubat ini berjaya diuji pada tikus dan musang di makmal.

Dalam kajian yang telah dilakukan sejak 2005, uterine sensitization associated gene-1 (USAG-1 ) didapati adalah penyebab mengapa gigi berhenti tumbuh pada manusia. Dengan menghalang gen ini, gigi boleh ditubuhkan semula pada tikus dan musang yang diuji. Ujian ke atas manusia akan dilakukan Hospitak Universiti Kyoto pada September 2024 hingga Ogos 2025.

Pada peringkat awal ia melibatkan 30 individu lelaki berusia 30-64 tahun yang kehilangan sekurang-kurangnya satu gigi geraham. Kemudian dalam fasa kedua pula kanak-kanak berusia 2-7 tahun pula akan menjalani ujian yang sama. Mereka yang terpilih untuk fasa kedua adalah mereka yang kehilangan sekurang-kurangnya empat gigi kerana kekurangan kongenital.

Sekiranya ujian ke atas manusia ini berkesan, rawatan menumbuhkan semula gigi disasarkan akan mula ditawarkan secara komersial seawal 2030.

Komen