Carian
Acer Melancarkan Tiga Monitor Predator Terkini – Salah Satu Dengan Skrin OLED 480Hz
June 3, 2024 Amy Maizuraa

Acer telah mengumumkan tiga monitor gaming Predator baharu di Computex 2024. Ketiga-tiganya menyasarkan peminat permainan video tegar bersama kemampuan terbaik melalui padanan resolusi dan kadar segar semula yang tinggi.

Acer Predator X27U F3

Pertama ialah Acer Predator X27U F3 yang menggunakan panel OLED sebesar 26.5-inci. Dengan panel OLED sudah semestinya pengalaman tontonan premium bersama kontras, warna dan visual yang hebat boleh diharapkan. Ia juga menyokong resolusi WQHD (2560 x1440 piksel), kadar segar semula 480Hz dan masa tindak balas 1ms. Sokongan AMD FreeSync Premium Pro dan NVIDIA G-SYNC Compatible turut disertakan yang mampu memaparkan gamut warna DCI-P3 99%. Input disokong ialah Type-C dan dua port HDMI 2.1 juga menawarkan sokongan untuk kedua-dua konsol serta permainan PC. Selain terdapat juga pelekap tripod pada cagak monitor yang membolehkan pengguna memasang aksesori seperti kamera web atau lampu skrin dengan mudah.

Seterusnya ialah Predator X32 X3 yang menawarkan paparan OLED 31.5″ 4K UHD lebih besar dengan kadar segar semula 240Hz. Ia juga masih boleh digunakan dalam resolusi FHD dengan kadar segar semula 480Hz lebih pantas sekiranya mahu. Sokongan AMD FreeSync Premium Pro dan NVIDIA G-SYNC Compatible turut disertakan yang mampu memaparkan gamut warna DCI-P3 99%. Selain terdapat juga Type-C dan dua port HDMI 2.1 yang menawarkan sambungan serba boleh untuk kedua-dua konsol serta permainan PC.

Predator X34 X5

Akhir sekali ialah Predator X34 X5 yang dilengkapi skrin OLED 31.5″ dengan sudut lengkungan 1500R. Ia juga menyokong UW-QHD (3440 x 1440), kadar segar semula 240Hz dan masa tindak balas 0.03ms. Terdapat juga sokongan AMD FreeSync Premium Pro dan NVIDIA G-SYNC Compatible disertakan yang mampu memaparkan gamut warna DCI-P3 99%. Input yang disokong ialah dua HDMI 2.1, DisplayPort dan Type-C untuk pilihan sambungan cukup baik.

Ketiga-tiganya juga menampilkan padanan teknologi BlueLight Shield Pro dan ComfyView untuk bantu mencegah keletihan mata. Selain turut dilengkapi mekanisme khusus pelindungan skrin OLED bertujuan bantu memanjangkan jangka hayat monitor sambil mengekalkan kualiti imej. Misalnya seperti Display Saver untuk memalapkan skrin secara automaik apabila tidak aktif, Constant Brightness, serta Image Retention Refresh & Screen Move untuk meminimumkan piksel serta imej yang tersekat.

Kesemua produk akan dipasarkan bermula Q4 2024 dengan harga jualan berbeza mengikut rantau.

Komen