Carian
NVIDIA Akan Mengemaskini Penawaran Komponen Mereka Setiap Tahun – Bermula Dengan Rubin
June 3, 2024 Nazrin

Sewaktu acara ucaptama NVIDIA semalam, NVIDIA telah membuat beberapa pengumuman mengenai sejumlah penawaran komponen kecerdasan buatan mereka, tetapi salah satu daripada pengumuman terbesar mereka mungkin berkenaan kadar pengeluaran cip pemprosesan grafik mereka.

NVIDIA telah memperlihatkan penawaran cip pemprosesan grafik dan kecerdasan buatan terbaru mereka, Blackwell pada tahun ini, tetapi Jensen Huang, CEO NVIDIA telah mengesahkan bahawa bermula tahun hadapan, 2025, NVIDIA akan mengemaskini penawaran cip pemprosesan grafik mereka setiap tahun dengan memperlihatkan Rubin yang berdasarkan ahli astronomi Vera Rubin.

Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai Rubin, tetapi Jensen mengesahkan bahawa ini adalah cip pemprosesan grafik pertama yang akan diperkenalkan setahun selepas Blackwell. Diantara komponen-komponen yang akan diperlihatkan termasuklah pemecut kecerdasan buatan, kad grafik dan juga CPU berdasarkan Arm yang diwar-warkan sebelum ini.

Jensen juga mengatakan bahawa cip grafik Rubin sedang dibangunkan sekarang, dan dijangka akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan.

Komen