Carian
Siri Komputer Riba Acer TravelMate Baharu Hadir Dengan CPU Intel Core Ultra
June 3, 2024 Amy Maizuraa

Acer telah mengumumkan tambahan model baharu untuk barisan komputer riba perniagaan TravelMate yang dikuasai oleh pemproses terkini bersama ciri yang canggih di Computex 2024. Ia termasuklah keupayaan AI terbina, penyelesaian keselamatan yang mantap dan pengurusan cekap untuk perniagaan.

Acer TravelMate P6 14 (P614-73)

Pertama ialah Acer TravelMate P6 14 (P614-73) yang menggunakan skrin sesentuh OLED sebesar 14-inci dengan padanan resolusi WQXGA+ (2880 x 1800) dan bernisbah aspek 16:10. Ia juga melepasi melepasi piawaian 100% warna DCI-P3 dan VESA DisplayHDR TrueBlack 500 untuk pengalaman tontonan lebih mendalam. Selain turut dilengkapi cip sehingga Intel Core Ultra 7, grafik Intel Arc Graphics, memori sehingga 32 GB LPDDR5X SDRAM, storan sehingga 1TB PCIe Gen 4 SSD dan bateri 65Wh. Travel P6 14 juga dilengkapi Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.3 bersama pilihan I/O yang komprehensif termasuk dua Thunderbolt 4, USB-A 3.2 (Gen 1), HDMI 2.0 serta pembaca kad mikroSD.

TravelMate P4 Spin 14 (P414RN-54)

Seterusnya ialah TravelMate P4 Spin 14 (P414RN-54) yang merupakan komputer riba boleh dilipat untuk dijadikan tablet. Sekaligus membolehkan pengguna bertukar ganti diantara tugas dan mod berbeza dengan mudah. Skrin sesentuh IPS WUXGA (1920 X 1200) sebesar 14-inci dengan nisbah aspek 16:10 digunakan untuk pengalaman visual cukup baik. Diikuti juga sokongan cip sehingga Intel Core Ultra 7 dengan padanan Intel Graphics dan Intel vPro Enterprise terbina dalam untuk prestasi lebih memadai.

Ia juga disokong dengan memori 64 GB DDR5 SDRAM, storan sehingga 1 TB storan PCIe SSD beserta bateri sebesar 65Wh. Diikuti juga pilihan sambungan 4G LTE, Wi-Fi 6E Wireless LAN dan Bluetooth 5.3 sebagai pelengkap. Pilihan I/O pula terdiri dengan dua USB Type-C (Thunderbolt 4), dua USB 3.2 Gen 1 Type-A, HDMI 2.0 dan pembaca kad mikroSD.

Acer TravelMate P4 16

Untuk Acer TravelMate P4 16 pula dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 7 dengan Intel vPro Enterprise. Ia juga disokong dengan Intel Unison, memori 64 GB DDR5 SDRAM, sehingga 1 TB storan PCIe SSD dan bateri sebesar 53Wh. Diikuti juga paparan WUXGA (1920×1200) sebesar 16-inci dengan kecerahan puncak 400nits dan warna sRGB 100%. TravelMate P4 16 juga dilengkapi Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3 bersama pilihan I/O yang komprehensif termasuk dua USB Type-C (Thunderbolt 4), dua USB 3.2 Gen 1 Type-A, HDMI 2.0 dan pembaca kad mikroSD.

Acer TravelMate P4 16

Akhir sekali ialah Acer TravelMate P4 14. Ia merupakan satu-satunya komputer riba TravelMate baharu yang diumumkan dengan CPU AMD Ryzen PRO 8040, dan hanya ditawarkan untuk pasaran Eropah semata. Ia menawarkan sehingga empat pilihan CPU berbeza yang termasuk Ryzen 3 8840U dan Ryzen 5 PRO 8540U (tanpa Ryzen AI), diikuti juga dengan Ryzen 5 PRO 8640U dan Ryzen 7 PRO 8840U.

Acer TravelMate P4 14

Turut disokong pada komputer riba ialah memori 64GB RAM DDR5, storan sehingga 1TB M.2 PCIe 4.0 NVMe SSD dan bateri 65Wh. Paparan 14-inci disertakan mempunyai keupayaan sesentuh dengan padanan resolusi 1920 X 1200 piksel dan nisbah aspek 16:10. TravelMate P4 14 juga dilengkapi Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3 bersama pilihan I/O yang termasuk dua USB Type-C (Thunderbolt 4), dua USB 3.2 Gen 1 Type-A, HDMI 2.0 dan pembaca kad mikroSD.

Kesemua barisan TravelMate baharu dilengkapi dengan ciri AI baharu seperti Acer TravelMateSense untuk akses pantas pada tetapan peranti. Melaluinya pengguna boleh mengoptimumkan, menyesuaikan serta mengakses sistem sokongan pada komputer riba dengan satu butang kekunci sahaja.

Selain itu terdapat juga butang copilot terbina pada papan kekunci yang menyediakan cadangan serta bantuan untuk pelbagai tugasan. Setiap model baharu ini juga dilengkapi dengan Trusted Platform Module (TPM) 2.0, pilihan keselamatan biometrik dan pengatup privasi kamera untuk melindungi data sensitif.

Kesemua produk akan dipasarkan bermula Q3 dan Q4 2024 dengan harga jualan berbeza mengikut rantau.

Komen