Carian
Acer Chromebook Plus Enterprise 515 Dan Enterprise Spin 514 Turut Diumumkan Secara Rasmi
June 3, 2024 Amy Maizuraa

Bercakap mengenai komputer riba yang menyasarkan penggunaan perniagaan dan perusaha. Terdapat dua komputer riba Acer Chromebook Plus Enterprise 515 dan Chromebook Plus Enterprise Spin 514 baharu turut diperkenalkan pada kali ini. Kedua-duanya hadir dengan fungsi yang dipertingkatkan termasuk ciri Google AI untuk penggunaan yang lebih baik.

Bermula dengan Acer Chromebook Plus Enterprise 515 yang menggunakan skrin IPS LCD sebesar 15.6-inci dengan resolusi FHD (1920 X 1080 piksel). Ia juga dipadankan dengan cip sehingga Intel Core 7 150U, memori sehingga 16 GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 512GB PCIe Gen 3 NVMe dan bateri tiga sel yang memberikan masa penggunaan sehingga 10 jam untuk pengalaman kerja lebih cekap.

Terdapat juga kamera HD penuh dengan ciri mengurangkan hingar Acer Temporal Noise Reduction (TNR) serta ciri AI yang meningkatkan kualiti video apabila digunakan. Dwi-pembesar suara berkualiti tinggi dengan DTS Audio juga melengkapi komputer riba ini. Acer Chromebook Plus Enterprise 515 juga dilengkapi Wi-Fi 6E AX211 Wireless LAN dan Bluetooth 5.2 bersama pilihan I/O yang termasuk dua USB Type-C (menyokong DisplayPort, pengecasan USB), satu USB 3.2 Gen 1 Type-A serta HDMI 1.4.

Seterusnya ialah Acer Chromebook Plus Enterprise Spin 514 pula dikuasakan oleh pemproses sehingga Intel Core 7 150U, GPU Intel Iris Xe Graphics, memori sehingga 16 GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 256GB PCIe Gen 4 NVMe dan bateri 53Wh tiga sel dengan masa penggunaan sehingga 10 jam. Terdapat juga kamera web QHD (2560 x 1440) dengan video 1440P/30FPS dengan ciri mengurangkan hingar Acer Temporal Noise Reduction (TNR) disertakan.

Ciri lain yang ada pada komputer riba ini ialah dwi-pembesar suara berkualiti tinggi dengan DTS Audio. Selain turut mempunyai skrin IPS LCD yang lengkap dengan resolusi WUXGA (1920 X 1200 piksel) dan pilihan I/O yang termasuk dua USB Type-C (menyokong DisplayPort, pengecasan USB), satu USB 3.2 Gen 1 Type-A serta HDMI 1.4. Kesemua produk akan dipasarkan bermula antara bulan Jun hingga Ogos 2024 dengan harga jualan berbeza mengikut rantau.

Komen