Carian
Tecno Pova 6 Neo Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan Ini
June 3, 2024 Amy Maizuraa

Sebuah lagi penawaran baharu di bawah siri Tecno Pova 6 dijadualkan tiba di Malaysia pada bulan ini. Pengumuman dibuat melalui beberapa kemaskini di Facebook. Dalam masa sama turut mendedahkan pilihan warna termasuk hitam dan hijau yang boleh disediakan buat pengguna kelak. Tiada butiran lanjut mengenainya didedahkan buat masa ini namun dipercayai mempunyai persamaan dengan versi global sebelum ini.

Sekiranya benar seperti yang dinyatakan Pova 6 Neo boleh dilengkapi bateri besar 7000mAh. Selain turut menggabungkan skrin LCD FHD+ sebesar 6.78″ dengan kadar segar semula 120Hz. Diikuti juga dipadankan dengan cip MediaTek Helio G99 Ultimate, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama. Tetapan kamera pula terdiri dengan + Light sensor untuk utama dan swafoto sebesar 8MP. Selain boleh menjalankan pelancar terkini HiOS 14 berasaskan Android 14.

Sama-sama kemaskini lebih lanjut daripada pihak Tecno Malaysia termasuk mengenai harga jualan rasmi. Untuk rekod, Tecno Pova 6 Pro dan Pova 6 telah sedia ditawarkan di Malaysia dengan harga masing-masing RM999 serta RM899 sebuah.

Komen